Wednesday, September 22, 2010

Tarikan Baju Kurung Pahang !!


GOLONGAN wanita sentiasa menitikberatkan pakaian yang dapat menjadikan mereka kelihatan cantik dan bergaya khususnya apabila menghadiri majlis keraian.

Sebab itulah, antara faktor pemilihan pakaian terutamanya baju kurung bagi golongan wanita adalah potongan yang ideal buat badan mereka.

Baju kurung Pahang Kelady bukan sahaja dibuat secara eksklusif untuk golongan wanita tetapi mempunyai seni jahitan halus dan corak bervariasi untuk diperagakan ke mana-mana sahaja dengan selesa.

“Pemilihan baju kurung Pahang adalah kerana ia bukan sahaja selesa apabila digunakan tetapi mempunyai bentuk menarik dan amat sesuai dengan cita rasa pelanggan hari ini,”

Sumber- Kosmo 23/9

No comments:

Post a Comment